CAKAP-CAKAP DI MAHKAMAH

   1.Pegawai polis bernama DSP Jamaluddin yang mengiringi Dato' Seri Anwar Ibrahim di
     dalam Pajero pada setiap hari telah membuat laporan polis (covering report) kerana
     beliau mendakwa dimaki oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan kata-kata kesat
     semasa di dalam Pajero baru-baru ini.

   2.DSP Jamaluddin melakukan 'rehearsal memanjat Pajero' pada setiap petang sejurus
     sebelum mahkamah ditangguhkan untuk memastikan penyokong-penyokong reformasi
     tidak dapat melihat wajah dan lambaian Dato' Seri Anwar Ibrahim sekiranya Dato' Seri
     Anwar Ibrahim berbuat demikian. Belakang Pajero dihimpit rapat ke dinding bangunan
     dan dihalang dengan dua buah treler PDRM.

   3.DSP Jamaluddin bersama seorang pegawai polis dari Cawangan Khas berbangsa
     India sudah dikenalpasti oleh pimpinan tertinggi Bukit Aman untuk mengaku bahawa
     mereka berdua yang mencederakan mata, kepala dan leher Dato' Seri Anwar Ibrahim.
     Ini bertujuan menyelamatkan IGP Tan Sri Rahim Noor yang kini sudah hampir dua
     bulan berdiam diri. Laporan AG akan menyebut bahawa kedua-dua pegawai polis ini
     bertanggungjawab di atas kecederaan Dato' Seri Anwar Ibrahim dan akan diambil
     tindakan disiplin dengan dibuang kerja. Ini adalah muslihat dan konspirasi polis.
     Pegawai-pegawai ini akan mendapat 'ganjaran tinggi' dari tokoh-tokoh tertentu diatas
     kesanggupan mereka mengaku bagi pihak IGP.

   4.Ummi Hafilda dan Azizan diberikan VIP semasa di mahkamah dengan disediakan bilik
     rehat VVIP. SAC I Musa Hassan mengarahkan supaya mereka diberi perlindungan dan
     perkhidmatan 3 orang bodyguard setiap seorang. (Lebih hebat dari Menteri Kabinet
     yang hanya mendapat seorang bodyguard). Bodyguard Ummi Hafilda terdiri dari ASP
     Jamil, Detektif Razali dan Detektif Siti Hajar.

   5.SAC I Musa Hassan juga mengarahkan supaya Detektif Razali menjadi Jockey kepada
     Azwan setiap kali beliau tiba dan meninggalkan mahkamah.

   6.SAC I Musa Hassan telah mengadakan kenduri 'kesyukuran naik pangkat' di rumahnya
     baru-baru ini setelah berjaya menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim.
     Walaubagaimanapun, difahamkan bapanya sendiri, Dato' Hassan Al Shaari, seorang
     Hafiz dan seluruh anggota keluarganya telah boikot majlis ini.

   7.Menurut sumber dari JPM, SAC 1 Musa Hassan akan dinaikkan pangkat sekali lagi oleh
     Dr. Mahathir (Mamak Kutty) Mohamad. Beliau akan dilantik sebagai Ketua Pengarah
     BPR yang baru untuk meneruskan Konspirasi Mahathir. SAC 1 Musa Hassan adalah
     'pakar konspirasi'. Perlantikan ini adalah luar biasa dari prosedur JPA kerana SAC 1
     Musa Hassan masih junior dan terpaksa melangkah '3 bendul'(3 kenaikan).

   8.Baru-baru ini difahamkan isteri SAC 1 Musa Hassan terlibat dalam kemalangan
     jalanraya setelah bertengkar dengan Musa kerana isterinya adalah penyokong
     reformasi dan tidak setuju dengan tindakan suaminya. Kita berdoa agar isterinya akan
     segera sembuh.

   9.Pelbagai pihak yang gagal mengutip hutang dari Ummi Hafilda semenjak beberapa
     tahun yang lalu, telah mengambil langkah bijak dengan berhimpun di mahkamah dan
     menahan Ummi Hafilda untuk mendapatkan semula wang mereka. Peristiwa ini telah
     dirakamkan oleh seorang jurugambar suratkhabar Cina dan dirakamkan dalam
     suratkhabar berkenaan pada 10 Disember 1998. Hutang terkumpul ditaksirkan
     berjumlah hampir RM4 juta. Sesiapa yang masih belum mendapat semula wang
     masing-masing sila berkumpul di pintu belakang mahkamah pada setiap hari Isnin -
     Jumaat jam 8.30am dan 2.30pm.

  10.Ummi Hafilda, Azwan, Azizan dan kuncu-kuncu mereka telah melantik dan mendapat
     khidmat 5 bomoh dari Kamunting, Sri Lanka, Burma, Siam dan Bomoh Ilmu Hitam dari
     Indonesia.

  11.Salah seorang bomoh diatas telah cuba untuk menaburkan 'sesuatu' di bawah kerusi
     Hakim Dato' Augustine Paul. 'Barang' berkenaan telah diserahkan kepada seorang
     anggota polis dari Cawangan Khas. Anggota polis berkenaan telak cuba memujuk dan
     memberi rasuah kepada pembantu Dato' Augustine Paul agar beliau meletakkan
     'barang' berkenaan di bawah kerusi hakim. Walaubagaimanapun, sebagai seorang
     yang kuat iman, pembantu berkenaan menolak permintaan anggota polis dari
     Cawangan Khas itu.

  12.YB Dato' Sng Chee Hua, Ahli Parlimen Kapit, Sarawak telah diugut oleh SAC 1 Musa
     Hassan pada 23 Disember 1998 jam 3.30 petang di Bukit Aman sejurus selepas
     mahkamah ditangguhkan. Mahkamah yang bersidang di sebelah pagi telah
     digemparkan dengan permintaan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk
     memasang kaset perbincangan di antara Ummi Hafilda dan Dato' Sng Chee Hua di
     London mengenai konspirasi menjatuhkan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Dato' Sng Chee
     Hua yang sudah dua minggu tidak hadir di mahkamah tiba-tiba muncul pada jam 2.30
     petang. Sudah tentu beliau telah dimaklumkan oleh pihak polis. Dato' Sng Chee Hua
     terus 'dikidnap' ke Bukit Aman oleh ASP Mazlan dan difahamkan beliau telah diugut
     supaya menafikan tentang keaslian kaset berkenaan. Dato' Sng Chee Hua juga telah
     'dipaksa' oleh SAC 1 Musa Hassan dan beliau bersetuju untuk menyatakan di
     mahkamah pada hari Isnin 28 Disember 1998 bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim yang
     mengarahkan beliau membuat rakaman dalam kaset itu dan juga menyatakan bahawa
     kaset yang di dalam simpanan peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim telah dipinda dan
     diedit.

  13.YB Dato' Sng Chee Hua telah memberi wang tunai sejumlah RM900,000.00 kepada
     Ummi Hafilda pada pertengahan tahun 1998.

  14.Ummi Hafilda, Azwan, Azizan, Puan Sri Saadah, Khalid Jefri, Khairuddin Abu Hassan,
     Normala Yusof, Norlia Ali dan semua kroni-kroni mereka termasuk ASP Zulkifli
     Mohamed telah menghantar kad ucapan X-Mas secara bersama kepada hakim Dato'
     Augustine Paul melalui pemandunya bernama Lingam. Mereka juga telah memuatkan
     mesej-mesej khas di dalam kad berkenaan untuk menarik perhatian hakim agar
     menyebelahi mereka. Antaranya, 'I Salute You', 'You are the Best Judge', 'Make Sure
     We Win the Case', dan pelbagai kata-kata manis untuk dijadikan umpan. Mereka jelas
     terlalu desperate! Salinan kad ucapan ini akan saya dimuatkan di sini nanti.

  15.Azwan Ali telah dihalau dari bilik menunggu untuk saksi di mahkamah mulai 23
     Disember 1998. Azwan yang marah dengan tindakan menghalang beliau dari
     memasuki kawasan mahkamah telah mencabar untuk menyaman seorang anggota
     polis mahkamah. Walaubagaimanapun, anggota berkenaan tetap bertegas dan
     mengarahkan Azwan tidak menghampiri kawasan bilik menunggu. Selama dua hari
     Azwan berpeluh di bawah kepanasan matahari. Maklumlah Azwan sering memakai kot
     ke mahkamah. Melayu celup!

  16.Setiap kali peguambela Dato' Seri Anwar Ibrahim ke library mahkamah untuk
     mendapatkan bahan rujukan, seorang dari DPP akan menuruti sejurus selepas itu dan
     bertanyakan kepada librarian rujukan yang dibuat oleh peguambela.

  17.Pada 9 Disember 1998, seorang pegawai BPR kelihatan tiba di mahkamah dan
     menyerahkan dokumen kepada salah seorang DPP. Persoalannya, mengapa
     kelam-kabut di saat-saat akhir?

  18.SAC 1 Musa Hassan dan DPP (Dato' Abdul Ghani Patail) telah berpakat dan
     merancang untuk mengaibkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan membentangkan
     laporan Jabatan Kimia mengenai tilam misteri. Laporan yang dicipta ini akan dibacakan
     di mahkamah pada pertengahan minggu hadapan (30 Disember 1998) dan akan
     menyebut sekurang-kurangnya 4 'patches' mengandungi DNA profile Dato' Seri Anwar
     Ibrahim dengan beberapa orang perempuan.